Saturday, February 14, 2009

Asal usul keluarga kita.


Pokok keluarga?
Ayah kepada Tok(Hj Jantan) ialah Hj Mohd Latif. Ayah Hj Mohd Latif ialah Tok Bujal. Saya tak pasti samada moyang saya pergi ke Mekah atau tidak. Sesiapa yg ada maklumat bole lah contribute info. Kebanyakan org Lipat Kajang berkahwin dgn org Lipat Kajang juga. Org Lipat Kajang kebanyakan ialah org Bugis yg merantau meninggalkan tempat asal mereka kerana pelbagai sebab.
Hj Mohd Latif ialah seorg usahawan yang menjalankan pelbagai 'ventures'dan antara yang saya ingat ialah berniaga kerbau. Berniaga kerbau ialah sejenia perniagaan yg banyak di jalankan oleh org Lipat Kajang pada masa itu. Oleh kerana Lipat Kajang mempunyai banyak paya iaitu tempat kegemaran kerbau(kubang) untuk berehat di tengahari. Kerbau akan makan rumput yg tumbuh liar dan apa apa tanaman lain. Setelah kenyang, kerbau akan berehat di dalam kubang.



Peniaga kerbau akan membawa kerbau yg diniagakan kehulu Sg Gombak, dimana peniaga dari Selangor menunggu. Ini berlaku di tahun30's dan 40's. Agaknya jalan pada masa ini adalah jalan tanah merah untuk laluan pejalan kaki atau binatang seperti kerbau & kuda. Memandangkan tidak terdapat jembatan yang baik seperti hari ini, apabila terdapat sungai, peniaga akan membawa kerbaunya berenang menyemberang sungai. Bayangkan berapa banyak sungai yg perlu di semberangi untuk sampai ke hulu sungai Gombak?

Disampaing itu beliau mempunyai kilang padi. Di Lipat Kajang terdapat beberapa Kilang padi di masa itu. Kilang padi Hj Latif terletak di Carok Sepulih. Beliau selalunya memesen (proses menukar padi masak kepada beras)padi di sebelah petang. Org Lipat Kajang masa itu banyak menanam padi dan menoreh getah. Dimasa lapang mereka akan ke paya dan sungai untuk menangkap ikan.
Banyak cara dan alatan yg digunakan untuk menangkap ikan dimasa itu. Dan semuanya amat menyeronokan.

Sementara sebelah mak saya, Yang Masari, adalah anak kepada Wan Siti dan Tok Hamid. Rumah keluarga Hj Jantan di sebut Paya Baru, sementara rumah Tok Hamid di Tanjung Perian. Jarak antara dua rumah ini tak jauh, lebih kurang 2 km.

Di antara perkara yang menarik diantara kedua rumah ini ialah empang semen(concrete sluice gate), pokok kuran (meranti?) empang semen, tanjung kubur yang mana terdapat kubur, kedai serikat, balai raya. Kami (adik beradik) selalu tidor dirumah Wan Siti semasa cuti sekolah. Pada masa itu sepupu(anak Ayahngah Razak) kami pun tinggal dirumah Wan. Pada waktu nak tidor, Wan Siti selalu bercerita tentang cerita hantu sambil hisap rokok. Oh yes she was a heavy smoker. Kami yang ketakutan akan masuk selimut and very soon fall asleep after a long day.

No comments:

Post a Comment