
Selamat Hari Merdeka Tok.
Tanyalah Tok apa ertinya berjuang melawan bahaya Komunis sebelum dan selepas Merdeka.
Tok meninggalkan kampong semasa berumur 16tahun untuk mencari kehidupan yg lebih baik bagi dirinya dan keluarga. Dia, abang dia, Tok Teh dan beberapa lagi pemuda kampong dimasa itu telah menyertai Askar Melayu.
Tok tak tahu apa yg bakal yg akan ditempuh sepanjang careernya sebagai Askar Melayu dan kemudian sebagai Askar Wataniah.
Dia tak menjangka yg dia akan menggalas peluru & senjata, mendaki bukit dan menurun lembah, hujan dan panas utk menghapuskan ancaman komunis. Banyak kawan Tok yg terkorban oleh senjata komunis. Tapi Allah swt lindungi Tok & dapat jumpa kita semua.
Tanyalah Tok bagaimana kehidupan sebagai seorang Askar Melayu di tahun 50an dan 60an. (Nanti Hari Raya ucapkan terima kasih kpd Tok kerana memberikan kita kemerdekaan).
Di zaman selepas Perang Dunia ke 2, Komunis sedang hebat memperjuangkan sebuah perjuangan bersenjata menentang Malaya di bawah kerajaan British dan Malaysia selepas merdeka. Ada theory mengatakan mereka memperjuangkan kemerdekaan tapi ada juga Domino Theory.
Akibat perjuangan dan pengorbanan org org seperti Tok, kita hari ini mempunyai kebebasan. Kebebasan utk menentukan berugama, beribadat, belajar dimana, apa nak jadi bila dah besar nanti.
Hanya cita cita dan usaha yg perlu bagi menzahirkan apa yg di idamkan. Tak perlu dapat kebenaran komunis, org British atau org Amerika.
Berapa banyak kita nak makan malam nanti, kita tak perlu menyorok beras macam tok nenek kita di zaman Jepun atau seludup makanan dari Mesir macam sedara kita di Palestin.
Kita bole makan sebanyak mana asalkan kita boleh membeli apa yg kita idamkan itu.
Ertinya kita bole tentukan halatuju kehidupan kita sendiri. Kita lah the master of our destiny?
Jangan lupa the master of our destiny ialah Pencipta kita Allah swt. Hanya dia yg layak jadi master kita bukan British, Amerika atau Jepun dan lain lain nya.
Tapi penjajahan tetap akan berlaku. Ini ialah proses yg hanya berubah bentuk, bukan niat. Negara kuat akan cuba menjajah negara lemah. Mungkin bukan menggunakan senjata tapi dalam bentuk yg lain. Ibarat kata kata dalam filem Godfather, "finance is gun & politic is when to pull the trigger".
Apa yg kita bole buat?