Ustaz bercerita;
Rasulullah sembahyang tahajjud sampai bengkak kaki baginda. Ini kerana baginda membaca surah yg panjang. Lalu isteri baginda, Aishah r.a bertanya kenapa sampai begitu sedangkan segala kesalahan baginda, baik yg lepas atau yg mendatang telah diampunkan Allah swt . Baginda menjawab; Salahkah aku menjadi hamba yg bersyukur?
Physically kita tahu kehidupan di zaman baginda bukanlah sesenang kehidupan kita sekarang. Zaman kita dah senang banyak. Kadangkala baginda berbuka hanya dengan kurma dan air zam zam. Naik kereta tak sama dengan naik kuda.
Adakah ini membuat kita lebih syukur?
Atau kita rasa apa yg kita dapat hari ini adalah hasil usaha kita tanpa kurnia Allah swt?
Apa argument nya?
Kita boleh berusaha sebab kita di berikan "kehendak" oleh Allah swt. Kalu dunia ini di terajui oleh malaikat nescaya dunia kita tak berubah dari dahulu sampai sekarang. Penuh dengan hutan dan binatang. Malaikat tiada kehendak dan nafsu. Malaikat hanya beribadat kpd Allah semata.
Kemudian manusia diberikan "keupayaan". Kita berupaya utk berfikir dan berusaha. Allah mengurniakan kita akal fikiran untuk capai kehendak dan menyelesaikan apa jua masalah kita.
Oleh kerana kita ada akal dan nafsu maka Allah swt berikan kita panduan hidup iaitu Quran dan Sunnah.
Nafsu dan akal adalah kombinasi yg sangat berkuasa dan berbahaya. Tambah lagi dengan adanya bisikan Syaitan. Syaitan akan bisik utk buat jahat. Dia kata takpe, sikit je, sekali je. Tapi sekali akan jadi dua dan seterusnya.
Kita pernah melihat insan yg tidak di kurniakan anugerah ini. Org gila adalah org yg Allah pilih utk menjadi contoh. Harus di ingat org gila tak de dosa. Ha ha :)
Janganlah kita sombong dan mengatakan apa yg kita dapat adalah hasil usaha dan pemikiran kita saja dan bukan kurniaan Allah swt.
Badan yg sihat, pemikiran yg sihat membolehkan kita berusaha. Jangan lupa pada nikmat Allah dan selalu syukur. Syukur jadikan kita org yg lebih baik.
Bagaimana nak syukur?
No comments:
Post a Comment