TIDAK BOLEH TENGOK FARAJ ISTERI?
...dukacita apabila diberitahu
ada penceramah kursus perkahwinan membaca hadis palsu kononnya
Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu menyetubuhi isteri atau
jariahnya, maka jangan dia melihat pada kemaluan mereka kerana yang
demikian itu menyebabkan buta.
..maka ‘demam’ pasangan yang
ingin berkahwin mendengar hadis palsu ini. Sementara yang dah lama
melihat kemaluan isterinya kehairanan kerana dia masih belum buta. Lalu
mungkin disangkakan Nabi SAW memberitahu
sesuatu yang tidak benar. Sebenarnya, pereka hadis palsu itu yang
berbohong dan ustaz pembaca hadis palsu tersebut menyebar kebohongan.
Sedangkan Allah berfirman dalam Surah al- Mukminun ayat 1-6:
(maksudnya) "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu
mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari
perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha
membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka
yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isterinya atau hamba
sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela".
..
diriwayatkan daripada ‘Aisyah, katanya: Aku dan Rasulullah pernah mandi
bersama dari satu bekas air. Maka dia mendahuluiku sehingga aku kata:
tinggalkan untukku! tinggalkan untukku!) Riwayat al-Bukhari, Muslim dan
selain mereka.
Jelas daripada hadis ini harus melihat kemaluan isteri.
...ini dikuatkan oleh riwayat Ibn Hibban melalui Sulaiman bin Musa yang
apabila ditanya mengenai suami yang melihat kemaluan isterinya, dia
menjawab: “Aku pernah bertanya hal ini kepada ‘Ata. Kata ‘Ata: Aku
pernah bertanya ‘Aisyah, lalu ‘Aisyah pun meriwayatkan hadis di atas”
Bagaimana mungkin dilarang melihat faraj isteri padahal ia perangsang kepada persetubuhan yang halal dan berpahala?!
No comments:
Post a Comment