Wednesday, February 5, 2014
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk
bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin
Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang
yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya
Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan
Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh
ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di
Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala
harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw.
bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di
waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian
yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu
hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana
kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah,
tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan
menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari
rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini
adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment