WAJIB BACA! 10 Janji Allah SWT Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin
Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan
akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga
tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses
taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki
yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita
yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah
untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin
mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai
dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh,
jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik
buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian
diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba
sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan
memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya)
lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada
yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya
adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai
pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap
ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk
berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan
jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan
kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam
masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja
mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong
mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda
bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan
anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah
kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin
tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya
rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada
tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang
mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka
dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR.
Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2:
160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga
kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah
berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah
itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya
ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu
cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu
rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar
terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan
Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri
dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “.
(Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita
berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya
ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya
baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan
adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas,
bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua
tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab
dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang
terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada
waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang
terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang
haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang
diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini
keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui
bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi
ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas
dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan
peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan
sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh
malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah
bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu
mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan
guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud
(no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang
pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah
Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya
sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu
ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah.
Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang.
Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada
Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah
sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8.
“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya
Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan
berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan
penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan
pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.
Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj :
40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun
Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih
sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka
kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah? Anak muda, kahwinlah!
No comments:
Post a Comment