Assalamualaikum.... Disini Saya ingin kongsikan pengalaman Saya kira kira 4 tahun
yang lalu, dimana Saya telah mengalami sakit dan sengal sengal dikaki,
kaki juga turut menjadi lemah dan tidak boleh berdiri atau duduk se -
hingga 15 minit, kalau duduk bersila dilantai seperti dimajlis Membaca
Yasin atau Majlis Tahlil, semasa nak bangun mesti kena meminta tolong
kawan kawan mengangkat. Untuk memakai seluar juga menjadi sukar kerana
tidak boleh mengangkat kaki, akhirnya Saya terpaksa berjalan dengan
bantuan tongkat.
Saya juga turut berubat dengan Dr Swasta, tapi Allah tidak mengizinkan
untuk sembuh, Saya tidak terus berubat lagi, Saya teringat beberapa
tahun yang lalu, Saya pernah terbaca sebuah artikal mengenai bawang
putih, juga
pernah melihat Nenek selalu membakar bawang putih, jika dia menghadapi
masaalah kembung perut, ini Saya lihat ketika Saya masih kanak kanak.
Akhirnya Saya membuat keputusan untuk mengambil bawang putih.
Caranya ialah dengan meletakkan tujuh biji bawang putih diatas tudung
periuk, yang kemudiannya dimasak atas
dapur dengan membiarkan kulitnya menjadi hangus. sedap juga bila
dimakan, Saya terus mengamalkan mema
kannya disebelah pagi ketika belum mengambil sarapan lain, manakala
sekali lagi sebelah petang sebelum Saya
mengambil makanan malam. Satu lagi caranyanya ialah meletakkan bawang
putih diatas nasi ketika memasak nasi, iaitu ketika nasi hampir kering
selepas ia mendidih.
Saya menjadikan ianya sebagai hobi, tidak lah berharap sangat untuk
penyakit saya sembuh, tapi tanpa disedari
akhirnya bila Saya mencuba Solat seperti biasa, rupannya Saya dah mampu
melakukannya tanpa menggunakan
bangku lagi, Saya melatih semula duduk Tahyat Akhir, yang tak boleh
dibuat dengan sempurna sebelum ini, Saya
juga dah boleh berjalan seperti biasa tanpa menggunakan tongkat sebagai
penyokong. Ini berlaku 4 tahun yang
lalu, kini Saya berusia 67 tahun. Sekian. ... ( musawanchik )
Saya selalu buat begini : — with Suria Ibrahim and 4 others.
By: Musa Wan Chik
No comments:
Post a Comment