..nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada
Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu ‘Umar bin Hubairah, ketika itu zaman
pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik. Tanya ‘Umar bin Hubairah
kepada Hasan al-Basri:
“Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang
aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku
melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama? Kata Hasan
al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid,
jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya
Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu,
tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.
Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat
yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah
perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan
memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit. Di
sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid.
Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan
kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan
akhirat. Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah,
sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai
‘Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam
menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor ‘Umar bin Hubairah”.
(rujukan: Mir at al-Jinan wa ‘Ibrah al-Yaqzan)
No comments:
Post a Comment