Tarikh: 21 Oktober 2013
Selepas mengumumkan majlis perkahwinan bersama Mohd Habibbullah A
Rahman yang akan berlangsung pada 25 Oktober ini, pelakon dan pengacara
Diana Amir mengharapkan majlis perkahwinannya berlangsung ringkas dan
sederhana sahaja.
“Saya menjemput seramai 250 orang dalam majlis perkahwinan kami.... dalam keadaan yang cukup sederhana.
“Saya juga tidak mahu meminta lebih kepada bakal suami contohnya,
hantaran beg, kasut mahal dan sebagainya. Cukup senaskhah al-Quran dan
cincin pernikahan kami,” katanya.
Diana dan Mohd Habib dijangka akan melangsungkan pernikahan pada 25
Oktober di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada jam 9
malam.
No comments:
Post a Comment