Soalan:
Apa hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban
dengan memberi daging binatang qurban tersebut sebagai upah?
Ustaz Azhar Idrus:
Ini banyak sangat yang terjadi, dah macam lumrah, sebab ramai yang
tidak tahu hukum. Hukumnya HARAM kita memberi upah penyembelih dan juga
tukang lapah, dengan daging qurban yang disembelih itu, malah dengan
seurat bulu binatang qurban itu pun tidak boleh! Saidina Ali r.a
berkata, "Nabi s.a.w pernah menyuruh aku korban seekor unta milik
Baginda kemudian sedekahkan daging, kulit dan apa yang di atas belakang
unta-unta itu serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang
sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami
sendiri." (Hadis Riwayat Muslim). Adakah sah qurban itu? Ibadah qurban
itu sah, tetapi perbuatan memberi upah itu yang haram. Jadi, macamana
nak upah mereka? Nak bagi upah boleh, upah dengan duit. Tetapi, kita
boleh beri daging kepada mereka sedikit dari bahagian
kita sebagai sedekah atau hadiah sepertimana yang kita beri kepada
orang-orang lain, asalkan bukan niat upah. Habis tu kesalahan yang
lepas-lepas macamana? Bagi sesiapa yang telah mengambil upah selama ini,
maka wajib dia bertaubat dan wajib ganti balik dengan jumlah daging
yang dia telah diambil sebagai upah. Sebab itu kita kena belajar ilmu
agama. Jangan belajar ilmu dunia saja. Ibadah qurban itu sunat sahaja,
tetapi bila kita hendak buat ibadah qurban, belajar hukum mengenainya
itu adalah WAJIB.
No comments:
Post a Comment