PEMBONGKARAN ! - Rahasia Kelebihan Berzikir Dari Sudut Sains.
Seperti mana yang kita tahu berzikir boleh membuatkan hati menjadi
tenang , tapi apakah kebenaran saintifik terhadap aktiviti berzikir ini?
Bahkan hasil kajian Dr Masaru Emoto telah membuktikan molekul air
akan menjadi kristal sewaktu dibacakan doa....benarkah zikir akan
menenangkan? Ikuti pembongkaran rahsia kelebihan berzikir dari sudut sains.
Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang
melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan
tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.
Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang
melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap
hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan
enam belas juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita
lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah
daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran
isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dapat dikenal
pasti melalui kaedah Electro Encephalo Graphy (EEG).
Oleh itu,
apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah
S.W.T seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi
aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di
kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut
berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan
turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang
sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama
aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak
mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeda dan
semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak
sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi
hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil
kajian maksimal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam
majalah Scientific American, keluaran Desember 1993. Kajian dilakukan di
University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang
mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam
kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka
dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan
mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila
sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeda otak
mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak
dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi
senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak
ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila
senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali
meningkat di kawasan pertama.
Ini sekaligus membuktikan secara
saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan
berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah
kemampuannya. Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah
sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Orang yang berzikir
kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah
pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering.”
Oleh itu, saudara-saudara se-Islam, ketika saintis barat baru menemui
mukjizat ini, kita umat Islam yaitu umat terpilih ini telah lama
mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih
memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata
mengabaikannya.
No comments:
Post a Comment