RAMAI
sebenarnya yang mahu berubah menjadi insan yang lebih baik dalam meniti
kehidupan ini. Tetapi, ramai juga yang gagal untuk melakukan perubahan
kepada diri dalam menuju ke arah kebaikan.
Hati manusia
diciptakan suci dan bersih. Kesucian itu masih ada tersisa walaupun
telah terlalu banyak melakukan dosa. Walaupun seseorang itu sudah
bertahun-tahun tidak mengerjakan solat dan
ibadat, namun masih terdetik di hati untuk melakukan sedekah, menolong
orang miskin, anak-anak yatim dan lain-lain kebaikan. Jika pernah dan
kerap melakukan kebaikan itu walaupun malas beribadat, sila teruskan
mengerjakan kebaikan-kebaikan itu. Mengapa kita berkata begitu? Nanti
kita beritahu.
Apa yang kita kejar dalam hidup ini? Wang?
Harta? Kedudukan? Semua itu tidak boleh dibawa masuk kubur. Kita takut
dengan haiwan berbisa seperti kala jengking, ular tedung, lipan,
labah-labah dan sebagainya? Takut disengat sehingga mati? Ketahuilah
juga bahawa haiwan-haiwan berbisa itulah yang akan menyengat dan
menggigit kita di alam kubur andai tidak beribadat di dunia seperti yang
diperintahkan-Nya.
Kita tidak tahu mengenai perit siksaan di
alam kubur kerana kita juga masih hidup di atas muka bumi, tetapi
ketahuilah sekiranya Allah berkehendakkan haiwan-haiwan berbisa itu
menyental kita semua di dalam kubur kerana lalai dalam mengerjakan
ibadat, maka ia bukanlah sesuatu yang sukar bagi Allah untuk
melakukannya.
Ular, kalau ia menggigit, ia akan menggigit
sehingga semua bisa dilepaskan masuk ke dalam tubuh kita. Apabila kita
melihat seseorang yang digigit ular, maka kita akan melihat betapa ular
itu sebenarnya bukan sekali mematuk dan kemudian beredar. Tidak, bukan
begitu. Ular hanya akan melepaskan gigitannya apabila ia puas. Ia akan
menggigit dengan sangat kuat, kalau cuba ditarik ular itu untuk
melepaskan gigitannya, maka kita akan dapati ia seperti menarik seutas
tali yang diikat kuat pada tiang. Kalau berterusan ditarik, taring ular
itu akan mengoyakkan daging yang digigit. Manakala bisa ular itu akan
lebih cepat bergerak ke seluruh tubuh melalui saluran darah. Organ-organ
akan rosak akibat kepanasan racun bisa ular. Dalam tempoh 15 minit, itu
tempoh kebiasaan yang paling lama, seseorang mangsa akan mati. Itu baru
ular berbisa di dunia.
Ular sawa, kalau ia membelit, boleh
hancur tulang-tulang dalam tubuh. Kalau ia menumbuk dengan kepalanya,
boleh patah tulang rusuk. Kalau ia mengigit, boleh terburai keluar
daging. Kalau ia membaham menelan menjadikan kita sebagai makanannya,
boleh hancur tubuh akibat panasnya asid penghadaman di dalam perutnya.
Itu baru ular sawa di dunia.
Lipan, kalau ia mengigit, ia juga
akan menggigit sehingga ia puas. Semasa ia menggigit, ia akan
memusing-musingkan badannya. Kesan gigitan pula akan kelihatan seperti
lecuran terkena besi panas. Dalam tempoh empat hingga lapan jam,
seseorang mangsa boleh mati. Itu pun baru lipan di dunia.
Kala
jengking, kalau ia menyengat, ia akan melepaskan bisa sepuas-puasnya. Ia
akan mencakar kulit kita dengan kaki-kakinya semasa ia melepaskan bisa.
Dalam tempoh lapan jam, boleh maut. Itu baru kala jengking di dunia.
Labah-labah berbisa, kalau ia menggigit, ia akan meronta-ronta semasa
ia melepaskan bisa. Semasa ia meronta-ronta melepaskan bisa, kita akan
terasa panasnya bisa di tempat yang digigit. Kulit boleh melecur. Dalam
tempoh empat jam, boleh mati. Itu baru labah-labah berbisa yang ada di
dunia.
Sama juga dengan haiwan berbisa yang lain, haiwan-haiwan
itu seperti ‘mengamuk’ apabila ia menyerang manusia, bisa yang
dilepaskan ke dalam tubuh akan terasa panas seperti terkena bara api.
Cuba minum air panas, pasti tidak tertelan kalau ia masih belum suam.
Dengan air panas pun kita sudah kalah, apatah lagi dengan bisa-bisa
haiwan-haiwan itu. Takut dengan haiwan-haiwan itu? Sebaliknya, takutlah
kepada Allah Maha Pencipta yang menciptakan haiwan-haiwan itu. Kalau
haiwan-haiwan itu sudah cukup mengerikan, ingatlah bahawa siksaan dari
Allah jauh lebih tidak terbayangkan.
Kalau kita mendapat
siksaan Allah kerana dosa-dosa yang telah dilakukan, tiada orang yang
dapat membantu kita lagi. Wanita-wanita cantik atau jejaka-jejaka
tampan, artis-artis yang membintangi kaca TV atau panggung wayang yang
dikejar di dunia ini, mereka tidak akan datang untuk membantu kita. Wang
ringgit emas berlian, itu semua tidak akan setanding dengan syafaat
Rasulullah.
Berubahlah menjadi insan yang lebih baik. Mulakan
dengan mengerjakan kebaikan. Bersedekahlah kepada orang miskin dan anak
yatim yang memerlukan. Teruskan membuat kebaikan. Kita mahu beritahu
mengenai kenapa kita perlu melakukan kebaikan walaupun masih malas untuk
beribadat bilamana hati sentiasa terdetik untuk berubah.
Amalan yang baik seperti bersedekah, membantu orang miskin dan
menghormati orang tua serta mentaati ibu bapa, akan membantu kita
melembutkan hati. Ia perkara yang sangat mudah dilakukan, apabila
melihat orang miskin atau anak yatim, hulurkan sedekah, kalau hanya ada
20 sen dalam kocek, berikan 10 sen kepada orang itu, bukan susah pun
untuk bersedekah. Apabila melihat orang tua, senyumlah kepada mereka,
ucapkan tutur kata yang sopan, tunduk sedikit di hadapan mereka sebagai
tanda hormat, layanlah mereka seperti ibu bapa anda sendiri tetapi
ingatlah batas-batasnya, bukan susah sangat pun. Apabila bersama ibu
bapa, peluklah mereka dengan penuh kasih sayang, ciumlah mereka selagi
mereka masih hidup dengan penuh kasih sayang, bukan susah sangat pun.
Apabila kita melaksanakan sedekah, berniatlah kerana Allah. Apabila
kita menghormati orang tua, berniatlah kerana Allah. Apabila kita
melakukan pekara yang menggembirakan ibu bapa, berniatlah kerana Allah.
Itulah kuncinya untuk berubah, berniatlah kerana Allah. Jika ingin
berubah tetapi masih belum mampu untuk berubah sepenuhnya, lakukanlah
amalan kebaikan yang mudah-mudah seperti itu terlebih dahulu dengan niat
kerana Allah. Insya-Allah, akan lebih mudah untuk kita berubah. Latih
diri untuk lakukan kebaikan-kebaikan itu secara perlahan-lahan walaupun
masih malas untuk beribadat mengerjakan tiang-tiang agama dalam
rukun-rukunnya.
Dengan melakukan kebaikan yang mudah-mudah itu
semua, hati akan lebih mudah untuk menerima lain-lain kebaikan untuk
dijadikan amalan soleh. Kesucian yang tersisa di dalam hati akan lebih
mudah untuk bercambah mekar. Daripada hanya sebagai sisa kesucian, ia
akan bertukar menjadi biji benih, kemudian bertunas di dalam hati,
tumbuh sebagai pohon yang membuahkan lebih banyak buah kesucian,
buah-buah itu pula menghasilkan lebih banyak benih dan tumbuh lebih
banyak tunas dengan izin Allah. Jangan hanya menunggu Allah mencampakkan
hidayah ke dalam hati kita, sebaliknya carilah hidayah itu dengan
melakukan kebaikan yang mudah-mudah seperti itu.
Ketika kita
bersedekah dengan niat kerana Allah, orang yang kita beri sedekah itu
akan mendoakan kita. Apabila kita menghormati orang tua dengan niat
kerana Allah, orang tua itu juga akan mendoakan kita. Apabila kita
menyayangi ibu bapa dengan niat kerana Allah, ibu bapa juga akan
mendoakan kita. Itu juga kuncinya.
Rasulullah amat sayang
kepada orang miskin dan anak yatim, lakukanlah kebaikan kepada mereka.
Rasulullah amat menghormati orang tua-tua, lakukanlah kebaikan kepada
mereka yang lebih tua. Rasulullah berpesan supaya mentaati ibu bapa,
lakukanlah kebaikan kepada mereka. Apabila kita melakukan perkara yang
disukai Rasulullah, insya-Allah kita akan dapat berubah. Bukan susah
untuk melakukan kebaikan kepada golongan-golongan yang disebutkan tadi,
orang tua, anak yatim, orang miskin dan ibu bapa, lakukanlah segera
kebaikan kepada mereka.
Apabila hati sudah mula terasa aman
sedikit selepas rajin melakukan kebaikan kepada golongan itu, maka
teruskan lagi, jangan pernah berhenti. Kalau hanya tinggal 20 sen di
dalam poket, berilah 10 sen kepada mereka yang memerlukan. Kalau sudah
tiada lagi wang di dalam saku, lakukanlah lain-lain kebaikan yang dapat
menggembirakan mereka. Kalau ada minyak wangi di dalam saku, sapulah
sedikit di tubuh mereka, itu pun kebaikan juga. Kalau langsung tiada
wang, tiada minyak wangi, tiada apa-apa pun milik kita yang boleh
diberikan kepada mereka, berilah tenaga kita untuk membantu mereka
mengerjakan apa yang sedang mereka kerjakan pada masa itu asalkan ia
tidak bertentangan dengan perintah Allah, itu pun kebaikan juga.
Kalau mahu berubah, lakukanlah kebaikan-kebaikan itu semua sebagai
titik permulaan. Insya-Allah, kita akan lebih mudah untuk mendekatkan
diri kepada Allah. Tetapi dalam masa yang sama, berusahalah untuk
menjauhkan diri daripada perkara yang dimurkai Allah. Hidayah itu perlu
dicari, bukan menunggu ia dicampakkan datang bergolek kepada kita.
Carilah hidayah itu dengan membantu anak yatim, orang tua, orang miskin
dan ibu bapa. Jangan berasa susah untuk melakukan perkara yang
mudah-mudah seperti itu.
Bilamana terasa mahu melakukan perkara
yang salah seperti minum arak, berzina dan sebagainya, ingatlah kepada
siksaan-siksaan yang akan menunggu kita nanti. Pasangan zina itu tidak
akan membantu kita semasa diberi balasan siksa oleh Allah, rakan mabuk
yang minum arak bersama kita itu juga tidak akan membantu, semua itu
tidak akan membantu. Apa yang membantu ialah amal jariah dan amalan
kebaikan yang kita lakukan. Belanjakanlah harta di jalan yang ada
kebaikan.
Apabila mengejar harta kekayaan, belanjakanlah ia di
jalan kebaikan. Gunakan harta itu untuk memberi banyak ‘bonus’ kepada
kita di alam kekal nanti. Emas itu semua, bukan untuk dibawa ke kubur
dan akhirat. Tetapi kalau emas itu digunakan untuk berbelanja ke jalan
Allah, insya-Allah ‘nilai’ emas itu yang dibelanjakan ke jalan Allah
sahaja akan dibawa ke akhirat. Jangan asyik kumpul emas, tetapi lebih
wajar kalau belanjakan hasil emas itu ke jalan Allah, zakat emas sebagai
contohnya.
Tidak susah untuk melakukan kebaikan yang
mudah-mudah itu semua. Mulakan ia hari ini, mudah-mudahan hati kita akan
lebih mudah untuk mengerjak
No comments:
Post a Comment