PROF
AGUS SEKOLAHKAN AHMAD MASLAN TIMBALAN MENTERI KEWANGAN MERANGKAP KETUA
PENERANGAN UMNO PASAL ALASAN MENGAPA NAJIB NAIKKAN RON95 DAN DIESEL 20
SEN SELITER!!!!!
Mulai 3 September 2013, harga petrol
RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen dan harga minyak diesel pula dinaikkan
sebanyak 20 sen. PM menyatakan kenaikan harga petrol tersebut adalah
untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara.
Kata PM: "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi
kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan
merosakkan seluruh negara."
Saya tidak segera mengulas
kenaikan harga minyak tersebut kerana mahu melupakan sementara hal-hal
negara untuk memberi tumpuan kepada tugasan akademik yang banyak
tertangguh. Namun, apabila kelmarin Timbalan Menteri (TM) Kewangan
menyatakan harga minyak Malaysia adalah yang kelapan termurah di dunia
selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, UAE, Iran dan Nigeria,
hati saya segera terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan. Ini kerana
jiwa saya menolak pemberian fakta yang tidak tepat dan kenyataan yang
menafikan intelek rakyat.
Jika setakat tujuh negara di atas,
apakah kita hendak menafikan fakta bahawasanya harga minyak petrol di
Brunei, Qatar, Bahrain, Algeria, Sudan, Libya dan Oman adalah lebih
murah dari Malaysia? Kenapa TM Kewangan tidak menyatakan juga harga
minyak di negara tersebut? Mengapa memberikan hujah yang salah atau
berhujah dengan menyembunyikan fakta yang nyata?
Bagi
membuktikan harga minyak di Malaysia adalah kelapan termurah di dunia,
maka TM Kewangan pun mengumumkan harga RON 95 dan diesel di negara jiran
kita. Antaranya ialah Thailand RM4.74 dan RM3.06, Singapura (RM5.56 dan
RM4.32), Indonesia (RM3.05 dan RM3.43) dan Filipina (RM5.44 dan
RM4.32). Kenapa kita bandingkan dengan negara kita yang tidak ada minyak
ata sedikit sumber petroleumnya? Kenapa tidak kita bandingkan dengan
harga minyak petrol di Brunei, UAE, Libya, Bahrain, Qatar, Oman dan
lainnya yang harga minyak mereka jauh lebih murah daripada negara kita?
Inilah yang saya katakan sebagai kenyataan yang menyembunyikan fakta
untuk mengelirukan rakyat, jikapun tidak untuk membodohkan rakyat.
Untuk pengetahuan TM Kewangan, dalam konteks harga barangan ini, ada
aspek yang kita boleh bandingkan dengan negara lain dan ada perkara yang
kita tidak boleh bandingkan dengan negara lain. Misalnya, kenapa tidak
kita bandingkan harga kereta di Malaysia dengan di Singapura atau
Indonesia? Di Indonesia misalnya, jika setakat kereta Toyota Vios,
mereka buat teksi sahaja. Jika di Finland dan Sweden, teksi mereka
semuanya terdiri dari kereta mewah—lebih dari separuh teksi mereka
menggunakan kereta Mercedes dan selebihnya BMW, Audi dan Volkswagen.
Itu belum lagi kita bincangkan tentang harga rumah. Dengan kos harga
rumah kita yang ‘over priced’ dan kenaikannya tidak terkawal, apakah
harga rumah di negara kita masih yang termurah di dunia? Begitu juga
dengan hutang isi rumah rakyat di negara kita. Data menunjukkan lebih
enam juta isi rumah rakyat di negara ini kini menanggung hutang
berjumlah RM653 bilion. Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di
negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang
kira-kira RM108,000 seorang.
Kadar hutang ini adalah amat
membimbangkan, apatah lagi peningkatan nisbah hutang isi rumah Malaysia
kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun dari
63.9% pada tahun 2008 kepada 76.6% tahun 2009, 75.8% tahun 2010, 76.6%
tahun 2011 dan 80.5% pada tahun 2012. Rekod terkini hutang isi rumah
Malaysia untuk tahun 2013 berada pada kadar 83.0% dari KDNK yang
menyebabkan amaran untuk berwaspada daripada penganalisis kewangan di
rantau ini.
Melihat kepada data hutang isi rumah di atas,
apakah kita hendak menyatakan kadar hutang isi rumah rakyat di negara
kita adalah antara kelapan terendah di dunia atau harga kereta dan rumah
kita juga antara terendah di dunia? Saya berhujah begini untuk
menunjukkan saya menolak data tidak masuk akal yang diberikan oleh TM
Kewangan kita tentang harga minyak kita yang kelapan termurah di dunia.
Saya juga tertarik dengan alasan yang diberikan oleh TM Kewangan yang
menyatakan kenaikan harga minyak adalah untuk membolehkan kerajaan
memberikan BRIM kepada rakyat. Katanya: "Bantuan subsidi seharusnya
disalurkan kepada yang benar-benar memerlukan dan melalui pemotongan
subsidi (kenaikan harga petrol) ini kerajaan kemudian menyalurkan
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat yang berpendapatan rendah."
Saya tidak faham kaitan antara kenaikan harga minyak dengan
bantuan BRIM yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat. Pemberian BR1M ini
untuk apa? Sebagai umpan untuk menggula-gulakan rakyat atau benar-benar
untuk menolong rakyat? Jika untuk menolong rakyat miskin, kenapa pula
BR1M yang diberikan itu diambil semula dalam bentuk menaikkan harga
minyak petrol? Tidakkah kerajaan sedar dengan kenaikan harga petrol ini,
BRIM yang diberikan kepada rakyat tidak dapat menampung beban kehidupan
mereka kerana kenaikan harga petrol tersebut tentulah datangnya bersama
dengan kenaikan kos hidup dan kos barangan keperluan harian? Tidakkah
ini tidak boleh difikirkan oleh kerajaan?
Oleh sebab itulah,
saya menolak kenyataan TM Kewangan ini sebab hujahnya tidak tepat dan
hujah inilah yang sentiasa diberikan secara berulang-ulang setiap kali
harga minyak naik. Carilah alasan yang boleh diterima umum seperti demi
kesihatan ekonomi negara, bagi mengurangkan defisit fiskal, kita
terbeban dengan hutang luar, bagi faedah ekonomi negara jangka masa
panjang, bagi mengurangkan jumlah subsidi kerajaan yang semakin
meningkat, akibat kenaikan harga minyak di pasaran dunia ataupun
sebahagian daripada proses rasionalisasi bagi membantu menstabilkan
ekonomi negara.
Jikapun hendak memberikan analisis perbandingan
dengan negara lain, berilah analisis perbandingan yang sesuai, bukannya
untuk sesuaikan data dengan keperluan dan hujah kita. Analisis akademik
menuntut kejujuran kita memberikan data yang tep
No comments:
Post a Comment