Kahwin Misyar
Antara usaha cari jodoh ialah dengan Kahwin Misyar. Ia adalah "perkahwinan di antara perempuan yang
-
kaya dan berada,
-
berkerjaya tinggi dan
-
belum berkahwin
dengan lelaki yang berperibadi dan berakhlak mulia, baik tetapi tidak kaya dan berharta".
Syarat-syarat perkahwinan cari jodoh dengan kahwin
misyar ini tetap sama iaitu ada wali, saksi, mas kahwin dan akad yang
sama sepertimana perkahwinan lain.
Mereka yang cari jodoh dengan kahwin misya dan
berkahwin suka sama suka tetapi lelaki itu tidak menjanjikan sara hidup
yang banyak untuk wanita tersebut.
Namun begitu dalam cari jodoh dengan kahwin misyar ini,
suami itu boleh memberi nafkah mengikut kemampuannya, terpulang kepada
wanita itu untuk menggunakannya atau cukup sekadar dengan wang
perbelanjaannya sendiri. Jika wanita itu berniaga, maka lelaki itu
sama-sama mengusahakan perniagaan bersama isterinya.
Menurut Ahmad al-Tamimi, misyar ialah perkahwinan
seorang lelaki dengan seorang perempuan dengan akad yang sah menurut
syarak dan memenuhi rukun-rukunnya, tetapi pasangannya bertolak ansur
dari segi tempat tinggal dan nafkah. (lihat: Usamah Umar al-Ashqar,
Mustajiddat Fiqhiyyah fi Qadhaya al-Zawaj dan al-Talaq, hlm. 163)
Ada beberapa objektif Allah swt mensyariatkan supaya berkhawin, antaranya
-
Merangkumi perkembangan keupayaan untuk mengawal kelahiran
-
memelihara umat manusia yang mempunyai zuriat.
-
Termasuklah menjaga kehormatan dan kesuciannya dan
-
mengelakan manusia ke dalam perkara tidak berakhlak dan perkara yang diharamkan.
-
Bekerjasama di antara lelaki dan wanita dalam hal ehwal kehidupan dan keadaan hidup yang bermajmuk.
-
Juga Mencari kasih sayang dan ketenangan di antara pasangan suami isteri serta
-
menjadi pendidik yg mempunyai belas kasihan dan lemah lembut.
Bagi menentukan adakah sesuatu perkahwinan itu dianggap
sah di sisi Syara’ perlulah ianya memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan oleh Syara’.
Antara syarat-syarat untuk memastikan bahawa perkahwinan itu sah ialah:
-
Wujudnya keredhaan yang tulus daripada kedua-dua pihak suami dan isteri.
-
Lafaz yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu tidak dibataskan oleh waktu-waktu tertentu.
-
Adanya wali bagi pihak isteri.
-
Perkahwinan itu disaksikan oleh saksi yang melengkapi syarat-syarat persaksian.
-
Perkahwinan tersebut diwarwarkan kepada umum.
Jika lengkap syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh
syara’ ini maka cari jodoh dengan perkahwinan Misyar ini adalah
perkahwinan yang sah selagimana perkahwinan ini tidak bertempoh walau
apa nama perkahwinan ini sekalipun.
Ulama terkenal, Dr Yusuf al-Qaradawi ada menjawab persoalan nikah ‘Misyar’ di dalam Fatwa Muasaraah beliau jilid ketiga.
Isu yang timbul di negara Asia Barat ialah wanita ramai
yang berharta tetapi tidak berkahwin. Ada di antara mereka yang tidak
mahu komitmen. Ada yang hanya inginkan anak, manakala ada yang hanya
sekadar inginkan harta si suami dan suami hanya datang ketika musim
panas (bagi wanita di Jordan, Syria dan Lubnan).
Dalam persoalan ini, wanita itu sendiri bersetuju dan
meletakkan syaratnya sebagai keredhaannya untuk bernikah dengan calon
cari jodoh. Di sini wanita itu dengan rela tanpa paksaan, malah sedar
pilihannya. Maksudnya, bukan suami yang bersikap zalim, tetapi keputusan
ini adalah di atas pilihan wanita itu sendiri.
Dr Yusuf Qaradawi memberikan komentar, nikah dalam
bentuk sedemikian adalah sah dan tiada cacat celanya. Cuma yang mungkin
timbul ialah perihal komitmen.
Jika wanita itu sendiri sudah bersedia untuk melepaskan haknya, maka itu adalah hak beliau sendiri. Satu kelebihan bagi lelaki.
Mungkin cara cari jodoh dengan kahwin misya ini adalah
satu jalan keluar bagi wanita matang yang berpangkat dan berkelulusan
tinggi dalam mendapatkan suami yang lebih rendah kedudukan kewangan dan
kelulusan akademiknya, tetapi mempunyai peribadi terpuji, bertakwa dan
budiman.
Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,
Prof Datuk Dr Mahmud Zuhdi Abdul Majid menganggap misyar kaedah terbaik
mengatasi masalah ramai wanita tidak berkahwin selain mengurangkan
maksiat. Mahmud Zuhdi mencadangkan lelaki dibenarkan mengamalkan
perkahwinan misyar kerana kebelakangan ini ramai wanita yang
mementingkan kerjaya tidak berkahwin sehingga sanggup menjadi andartu.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
menyokong kenyataan itu kerana berpendapat perkahwinan misyar juga
dibenarkan dan tidak bercanggah dengan hukum Islam, asalkan seseorang
wanita itu bersetuju. Bagaimanapun, beliau menasihatkan pasangan yang
ingin berkahwin misyar membuat perjanjian bertulis mengenai kesediaan
wanita yang ingin dikahwini itu bagi mengelak masalah berbangkit pada
masa depan.
“Wanita perlu membuat pengakuan bertulis bahawa dia
sanggup tidak diberi nafkah zahir atau melakukan giliran kerana bersedia
menanggung risiko. “Soal menghina wanita tidak berbangkit sama sekali
kerana wanita sudah bersetuju berkahwin dengan cara itu, tambahan pula
ia tidak salah dari segi hukum. “Itu hak wanita, jika dia kaya bukan
setakat duit malah rumah pun dia boleh beri kepada suami yang hendak
dikahwininya,” katanya.
Pengesyoran beberapa ilmuan Islam supaya nikah misyar
ini dipraktikkan di Malaysia timbul kerana ramai wanita yang bekerja dan
mempunyai harta, malangnya masih tidak berkahwin. Sedangkan kehendak
diri untuk memiliki suami amat mendesak bahkan ada yang mencari jalan
maksiat untuk memenuhi fitrah tersebut.
Apapun reaksi masyarakat terhadap isu dengan nikah
misyar ini sebenarnya sangat bergantung kepada niat pihak lelaki dan
wanita yang terlibat. Sekiranya ia dilakukan demi tuntutan mencari
kerukunan yang soleh. Namun jika matlamat itu sekadar mahu memenuhi
kuota perkahwinan bagi wanita janda dan andartu, ia tidaklah haram
tetapi ia bukanlah idea yang bijak untuk menangani jenayah sosial di
Malaysia.
Nabi Muhammad saw sendiri, walaupun dipinang oleh janda
kaya Siti Khadijah tetapi tidak bermakna Nabi Muhammad mengamalkan
nikah misyar. Nabi masih menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab,
mencukupkan dan mencari nafkah untuk isterinya.
Bagaimanapun, isu cari jodoh dengan perkahwinan miyar
bukanlah merupakan isu yang besar sebagaimana yang digembar-gemburkan.
Masih banyak perkara lain boleh difikirkan lebih utama berbanding isu
perkahwinan seperti ini. Perkara khilafiyyah seperti ini sebenarnya
sengaja dijadikan bahan sensasi oleh media-media tempatan kepada
masyarakat awam sehingga mereka menjadi keliru tentang perkara apakah
yang perlu dahulu diutamakan.
Pokok pangkalnya, ia terletak pada kesediaan seseorang perempuan yang hendak dikahwinkan itu sendiri.
No comments:
Post a Comment