ika rakyat yang bangkit menentang kezaliman, penindasan serta penipuan
Kerajaan dituduh sebagai Khawarij dan pengkhianat ( Bughoh) bagaimana
pula dengan status Kaum keluarga bapa saudara Rasulullah s.a.w (
Saidina Abbas r.a ) di mana Cicit beliau beliau Muhammad ibni Ali, cicit kepada Saidina Abbas menjalankan kempen bagi mengulingkan Empayar Islam Bani Umaiyah..
Muhammad ibni Ali, cicit kepada Saidina Abbas r.a dengan kaum
keluarganya telah menggerak puluhan ribu umat islam melakukan REVOLUSI
secara besar-besaran bagi menumbangkan Khilafah Umaiyah yg zalim,
menindas dan merompak harta negara sedangkan khalifah islam Umaiyah pada
waktu itu banyak mendirikan masjid. bersolat, puasa dan menunaikan haji
di Mekah?
Semasa pemerintahan Khalifah Marwan II, penentangan
ini semakin memuncak dan akhirnya pada tahun 750, Abu al-Abbas
al-Saffah berjaya menewaskan tentera Ummaiyyah dan kemudiannya dilantik
sebagai khalifah.
Diisebabkan kerosakan yg dilakukan oleh
Khalifah Bani Umaiyah melibatkan kemaslahatan Ummah dan Kerajaan Islam
maka Muhammad ibni Ali, cicit kepada Saidina Abbas r.a terpaksa
melakukan REVOLUSI besar-besaran walaupun ianya mengorbankan ribuan
nyawa umat islam hanya semata2 bagi menghapuskan kezaliman para khalifah
Bani Umaiyah.
Setelah hancurnya Empayar Bani Umaiyah maka umat
islam telah membentuk Empayar Islam yg lebih kuat lagi bagi mengantikan
kerajaan Islam Bani Umaiyah. Kerajaan baru tersebut dikenali sebagai
Empayar Islam Abbasiyah sempena mengambil nama keturunan Saidina Abbas
r.a yg telah berjaya menghapuskan kezaliman, penindasan dan penipuan
para khalifah Bani Umaiyah sebelumnya..
Note :
Persoalanya apakah Muhammad ibni Ali, cicit kepada Saidina Abbas r.a
seorang Khawarij kerana menentang Pemimpin Islam yg mendirikan solat 5
waktu, berpuasa dan menunaikan Haji.. Dan juga seorang Pengkhianat (
Bughoh ) kerana telah menghasut ratusan ribu umat islam pada zamannya
bagi melakukan Revolusi secara besar-besaran untuk menumbangkan Empayar
Bani Ummaiyah..??
No comments:
Post a Comment