Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:
“Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja
dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung
dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung
jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia
Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama
berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku
lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang
dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat
Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan
sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi
ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan.”
Berat bukan tanggungjawab seorang suami? Berkahwin bukan semata-mata
bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri
tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam
keluarga.
No comments:
Post a Comment