Sesiapa yang memusuhi dan memungkiri cinta dia merupakan pemilik jiwa
kontang yang kering dari nilai insani yang sejati. Cinta itu fitrah. Ia
satu keperluan. Bahkan mungkin suatu kewajipan ataupun rukun dalam
menikmati kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.
Cinta mampu
merubah segala yang ada dalam jiwa seorang insan. Telinga, mata dan
segala anggota kadang-kala terpaksa tunduk kepada falsafah cinta. Tunduk
kepada nilaian cinta. Pahit boleh menjadi manis. Manis boleh menjadi
pahit. Indah boleh menjadi buruk. Usang boleh menjadi baru. Hodoh boleh
menjadi cantik. Berat boleh menjadi ringan. Susah boleh menjadi senang.
Segalanya terbalik dan berubah penilaian dan rasa hanya kerana cinta.
Ini mengingatkan kita kepada rangkap puisi yang disandarkan kepada al-Imam al-Syafi’e (meninggal 204H) :
Telah gering sang kekasih, maka daku menziarahinya
daku juga turut gering kerana risaukannya
datangnya sang kekasih menziarahiku
maka daku pun sembuh kerana melihatnya
(lihat: Ibn Muflih, al-Adab al-Shar’iyyah, 2/296).
No comments:
Post a Comment