Petua Menyekat Suami Main Mata Dengan Wanita Lain
1. Layan
suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang
memberangsangkan kerana ia boleh membangkitkan semangat dan suami berasa
dihargai. Tetapi jangan sekadar bercakap, isteri harus buktikan dengan
perbuatan. Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba,
sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikitpun
menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.
2. Wanita pada usia
40 hingga 45 tahun masih cantik dan menawan. Mungkin tidak secantik
gadis belasan tahun, tetapi jika bijak mendandan diri, suami pasti tidak
menjeling pada orang lain.
3. Isteri jangan membiarkan rambut menggerbang macam penunggu pohon beringin,
dahi berkerut, bibir berkedut, tanpa bedak serta tanpa gincu, dan pipi pula berminyak semacam.
4. Suami suka melihat penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan
kelihatan manja. Jangan terlalu manja, nanti suami pulak naik lemas.
5. Sambutlah kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat.
6. Bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri, oleh itu haruslah
beretika. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan
haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bungaan
wangi di atas tilam. Bukan bau minyak angin.
No comments:
Post a Comment