Soalan: Jika suami sudah sediakan makan minum, tempat tinggal, pakaian,
dan segala keperluan rumah, adakah suami perlu memberi duit setiap bulan
pada isteri?
Ustaz Azhar Idrus:
Jika suami telah
menyediakan tiga perkara iaitu makan minum, pakaian, dan tempat tinggal,
maka dia telah dikira menunaikan nafkah isteri.
Jika isteri duduk di rumah tak buat kerja apa-apa, tak masak, tak basuh
baju, makan order dari restoran saja, baju hantar dobi, dia tak kemas
rumah, dia tak melahirkan anak, tak jaga anak, tapi dia hanya main
facebook siang malam 24 jam, maka tak perlu lagi beri duit belanja
setiap bulan.
Tapi jika isterinya membuat kerja-kerja di rumah
seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah, dan sebagainya, maka
suami kena lah beri duit untuk isteri setiap bulan. Tak perlu tunggu
isteri mintak baru nak beri, jadilah suami yang gentleman. Diakan isteri
kita yang kita duduk tergila-gila sebelum akad nikah dulu. Jangan buat
tak ingat pulak.
Jangan lupa, isteri juga yang mengandung
sembilan bulan dan dia yang menggadai nyawa melahirkan anak kita dengan
kesakitan yang amat sangat semasa nak keluar anak. Suami ada rasa sakit
begitu? Tak ada. Yang adanya suami hanya duduk mundar-mandir saja di
luar bilik bersalin, kadang-kadang siap mengurat nurse lagi.
Jadi, suami cuba fikirlah samada dengan memberi seribu ringgit sebulan
untuk isteri itu cukup atau tidak berbanding dengan kesakitan dia
melahirkan anak, kesusahan dia menjaga anak, beri susu anak, basuh berak
anak, dan sebagainya...
No comments:
Post a Comment