Wednesday, January 22, 2014
Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal...
"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk
ke dalam perut.
Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak campurkan dengan darah
daging.
Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang
ditipu... pun ragu statusnya.
Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna internet ofis berjam-jam
untuk kepentingan diri sendiri, melayan Facebook peribadi, lepak-lepak
di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya
klien untuk bisnes sendiri.
Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.
Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim
yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di
rumah saudara-mara.
Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi
meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis.
Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas
A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan
bisnes online milik sendiri.
Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah
bertimpa-timpa... bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang
aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi
puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.
Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun
bertanggungjawab atas perilaku sendiri."
Tazkirah paling baik yang perlu disebarkan dan diingatkan selalu kepada
mereka yang bekerja...
KEBERKATAN YANG DICARI
َ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment